Kelas Bisnes Shopee
11 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Bisnes Shopee. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan komuniti dengan perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Menerusi kelas kali ini, peserta turut diterangkan tentang cara-cara berniaga serta promosi menerusi aplikasi Shopee. Antara perkara yang diajar menerusi kelas ini adalah seperti cara pendaftaran, cara promosi, cara memasukkan maklumat tentang perniagaan dan cara mengarang maklumat produk. Peserta turut diterangkan tentang risiko perniagaan menerusi Internet. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: